Sambal Tumis Cina
Assalamualaikum wbt,
Kali ini saya ingin bercerita tentang sambal tumis cina air tangan ibu saya. Sambal pedas ini memang menjadi pembuka selera. Jika tiada lauk lain, gaulkan nasi panas panas dengan sambal ini dan telur dadar sahaja pun boleh bertambah. Memang sedap.
Baru baru ni saya pulang ke kampung dan kebetulan ibu saya sedang menyediakan sambal tumis cina ini untuk diberikan kepada jiran yang akan mengerjakan umrah. Saya sempat belajar dan melihat sendiri bagaimana sambal ini dihasilkan. Proses memasaknya sangat mudah, bahan bahan pun biasa sahaja dan mudah diperolehi. Cuma memakan masa agak lama untuk menunggu sambal ini benar benar pekat.
Bahan bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
(saya tidak sediakan sukatan, secukup rasa ye)
Cili besar (dikisar)
Cili kecil/padi (dikisar)
Bawang besar (dikisar asing daripada cili)
Bawang putih
Santan
asam jawa
gula melaka
garam
Minyak masak utk menumis
Cara cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, tumiskan sehingga layu dan naik bau.
2. Masukkan cili yang telah dikisar tadi, tumis lagi sehingga betul masak.
3. Masukkan air asam jawa dan gula melaka.
4. Masukkan santan, perisakan dengan garam atau sedikit serbuk perasa jika suka.
Selamat mencuba!! makan dengan nasi panas panas, confirm bertambah.. hihi
No comments:
Post a Comment