Sambal Tumis Cina
Assalamualaikum wbt,
Kali ini saya ingin bercerita tentang sambal tumis cina air tangan ibu saya. Sambal pedas ini memang menjadi pembuka selera. Jika tiada lauk lain, gaulkan nasi panas panas dengan sambal ini dan telur dadar sahaja pun boleh bertambah. Memang sedap.
Baru baru ni saya pulang ke kampung dan kebetulan ibu saya sedang menyediakan sambal tumis cina ini untuk diberikan kepada jiran yang akan mengerjakan umrah. Saya sempat belajar dan melihat sendiri bagaimana sambal ini dihasilkan. Proses memasaknya sangat mudah, bahan bahan pun biasa sahaja dan mudah diperolehi. Cuma memakan masa agak lama untuk menunggu sambal ini benar benar pekat.
Bahan bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
(saya tidak sediakan sukatan, secukup rasa ye)
Cili besar (dikisar)
Cili kecil/padi (dikisar)
Bawang besar (dikisar asing daripada cili)
Bawang putih
Santan
asam jawa
gula melaka
garam
Minyak masak utk menumis
Cara cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, tumiskan sehingga layu dan naik bau.
2. Masukkan cili yang telah dikisar tadi, tumis lagi sehingga betul masak.
3. Masukkan air asam jawa dan gula melaka.
4. Masukkan santan, perisakan dengan garam atau sedikit serbuk perasa jika suka.
Selamat mencuba!! makan dengan nasi panas panas, confirm bertambah.. hihi
Little stories
Friday, 14 April 2017
Tuesday, 5 January 2016
Personality Profiling
This one is the most powerful and memorable training that I have ever attended.
The instructor has done marvellous job to make it simpler to understand, and yet very meaningful and inspiring.
There are 4 personality types, namely: Dove, Owl, Peacock and Eagle.
We were given a set of questions to find out our characteristics, personal attributes, our strengths, and preferences.
The rank for my score was,
Dove, Peacock, Owl and Eagle
11 7 6 3
Well, there is no single dominant personality that works best. All of personality types have its advantages and disadvantages. It's good to know your strengths and your weaknesses, to improve yourself or relationship with others.
My husband is an eagle, so most of the time we complement each other. Alhamdulillah, next time i'll share further on some of those characteristics that I remember.
Think positive, be positive!

Saturday, 2 January 2016
Onion Ring
Crunchy Onion Ring
Bahan bahan : (sukatan saya tidak nyatakan, agak agak jelah ye)
Bawang besar holland
Tepung Tempura (saya guna brand Bestari)
Air sejuk (dari peti ais)
Minyak untuk menggoreng
Cara cara:
1. Potong bawang bulat bulat.
2. Gaulkan tepung tempura dengan air sejuk.
3. Pastikan adunan likat dan dapat menyaluti bawang
4. Pastikan minyak panas, dan goreng sehingga kuning keemasan.
Adunan/batter mesti dicampur air sejuk utk effect crunchy. Itu tips dari makcik yang promote saya beli tepung tempura ni. "Adik boleh celup apa-apa sahaja, jangan celup jari sudah."
Onion ring ni sangat best dimakan panas panas, dengan sos pencicah. saya gunakan cheese powder utk sos. Selamat mencuba!
Masuk asrama
Esok cuti sekolah akan berakhir. Bermula fasa persekolahan baru bagi anak anak.
Amira Nashihin, anak sulung saya yang akan ke asrama. Petang tadi sewaktu membaca buku peraturan asrama dan buku rekodnya, fikiran saya terbayang bayang memori 20 tahun yang lalu. Kehidupan di asrama bersama teman-teman dan jauh daripada keluarga.
Masa begitu pantas berlalu. Dulu saya meminta kain batik sarung ibu untuk dipakai di asrama. Itulah tempat pertama saya belajar memakai kain batik sarung. Petang tadi kakak juga meminta kain batik sarung untuk dipakai di asrama. Kakak tidak pernah memakai kain batik sarung di rumah, dan dia akan mula belajar memakainya di asrama. Bermula satu lagi fasa baru dalam hidup kakak. Berjauhan daripada mama dan abah.
Akan berkurang seorang anak kami di rumah. Tinggal Ilya dan Juma untuk bantu mama melayani Akif dan Izzat. Mama doakan semoga kakak sentiasa di dalam lindungan Allah, dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, dan guru guru yang tidak jemu menyantuni kakak. Semoga cemerlang dunia dan akhirat, anak-anakku.

Sayur Pedas Batang Keladi
Sayur pedas batang keladi adalah antara lauk favorite keluarga sebelah ibu. Ia adalah resepi turun temurun keluarga kami. Masakan ini agak terkenal di Terengganu. Arwah nenek saya amat menggemari lauk ini, dan sekarang ibu saya pula yang mewarisi resepi air tangan arwah nenek.
Seingat saya dulu saya memang tidak berapa gemar lauk ni. Tapi sekarang saya sudah semakin suka makan lauk ni. Air tangan ibu memang sentiasa yang terbaik kan? Dikongsikan resepinya di bawah.
Resepi Sayur Pedas Batang Keladi
Bahan bahan yang diperlukan: (anggaran sesedap rasa)
Batang Keladi
Isi ikan yang telah direbus/kukus
bawang merah
bawang putih
lada hitam
cili padi (ikut tahap kepedasan)
budu
garam
gula (mak saya guna gula melaka)
Keropok keping
Daun kesum
Cara cara:
1. Batang keladi dipotong panjang, dibuang kulit dan dibersihkan
2. Celur batang keladi sehingga separuh masak. Ramas untuk buang airnya.
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan cili padi
4. Tumbuk isi ikan
5. Masukkan air, dan campurkan semua bahan tumbuk.
6. Perasakan dengan garam, gula melaka dan budu.
6. Tambahkan keropok dan daun kesum.
Selamat mencuba!
Sunday, 27 December 2015
First Step
Assalamualaikum wbt.
Last week we attended a writing workshop session given by Firdaus Shahidin, one of my collegues from AISAL. As a first assignment, we need to create a blog. Well, today Alhamdulillah I've created mine. May the blog will not only sharpen my writing skills but inshaAllah benefit others as well, biiznillah.
May Allah ease our writing journey. Be positive and happy reading!!

Subscribe to:
Posts (Atom)